love

Tuesday, 14 August 2012

Ramadhan akan pergi datang pula syawal

Arini berkesempatan sekejap nk menaip blog swetory ni...hehe....ummppp pejam celik-pejam celik...Ramadhan dah nak tinggalkan kite tanpa kite sedar...0o0o0ohhh Ramadhan... >,< 
Miss u sangat-sangat....Akan ku menantimu datang pada tahun depan....arrrr rindu...rindu....
 

Ni puasa penuh x tuuu...??? hehe.....cerita mengenai nk sambut Syawal mesti ramai dh buat persiapan raya kan..beli baju rayeee...xpun baru nak shopping rayeee.....Ingat ye...Jangan Tabarruj dalam berpakaian bagi yang perempuan... ^__^ Alang-alang Tya text blog rini...Tya nk berpesan kt korang sume ni...

Nanti mase raya ambil la peluang beraya dengan debaik-baiknya,berkunjung sahabat-sahabat handai sanak-saudara, yang dah ada anak tu, bawak la anak-anak p lawat atuk nek depa, mak cik pakcik, sepupu dua pupu 3 pupu..kupu-kupu..hehe...segala pu la kan....bawak depa semua p tengok, mase kecik2 la ni la nk kene kenal saudara-mara.....Lawatla mereka sume yg masih hidup ni dengan penuh kemegahan, kegembiraan dan kemenangan..hehe...kan dah lame xjumpe bg yg dok jauh tuuu.... :D

Tahun ni korang ubahlah perpepsi raye skit, janganlah sambut dengan melodrama dan tangisan sedih, sebaliknye senyum dan gembira tapi jangan melampau sudahlah tau....hehe....cube korang baca kt bwh ni...

 Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. 
Firman Allah:  “..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).
Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan. Hari raya bukan hari untuk kite sume menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. 
Pekate bulan Syawal yg penuh barakah ni kite hidupkan lagi sunnah Rasulullah s.a.w

Salah satu daripada cara yang boleh dilakukan ialah dengan kembali menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di hari raya yang bahagia..diantaranya .. 


1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
 Mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w adalah pada hari Jumaat , Hari Arafah , Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


2.Memakai Pakaian Baru .
 Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru,cantik dan sedondon.Memakai baju baru juga perlu dilakukan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di hari mulia itu.


3.Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya
daripada Anas r.a berkata :
" Biasanya Rasulullah s.a.w sebelum pergi solat Aidilfitri , terlebih dahulu baginda makan beberapa biji kurma " ( hadith Riwayat al- Bukhari , bab al'-Aid) 

4. Memperbanyakkan Takbir
firman Allah S.W.T
"Dan menyebut dengan lidah dan hatinya nama Tuhannya serta mengerjakan solat " (surah al-'Ala:15)
 5. Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan
Diceritakan daripada Anas,
Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua rakaat,Beliau tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke tempat perempuan bersama bilal.Baginda menyuruh mereka bersedekah.Maka mereka bersedekah.Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)


 6.Menghidupkan amalan ziarah menziarahi.
Amalan ini wajar diteruskan supaya saling kenal mengenali  diantara sanak saudara dan rakan taulan.Kalau amalan ini tidak dihidupkan kemungkinan besar sanak saudara tidak mengenali satu sama lain.lebih2 lagi pertalian darah yang jauh dan sering tidak berjumpa.



7.Masa Untuk Bermaafan 

Jangan ada rasa malu dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita


Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang memohon.Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.

8. Mengucapkan Selamat dan Mendoakan kebaikan Antara Satu Sama Lain.

Terutama  lafaz2 yang mengandungi pengertian semoga amalan puasa diterima Allah sebagaimana dilakukan pada zaman Rasullulah s.a.w
"Semoga Allah menerima ( amalan- amalan dan ibadat di bulan Ramadhan ) kami dan kamu"

Hati memang seronok bila Syawal nak datang mengunjung tiba....
Kesempatan ini juga Tya nk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua sahabat-sahabat yg dekat mahupun jauh di mate or alam maya.... ^___^ Maaf Zahir dan Batin ya... yang nak balik kampung tu, take care ya dan Ingatlah orang tersayang....... 

Kad ni khas untuk korang.... ^________^



>>>>>>To Ramadhan<<<<<<
 >,< 


ok....daaaa.....

Wednesday, 1 August 2012

Rasulullah SAW dengan sebiji limau

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah.SAW.

--Copy by buletin Interaktif Puspanita

Dipotong Tangan kerana Memberi Sedekah

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T." 
 
--Copy by buletin Interaktif Puspanita

nICe Red!!